Tuesday, January 7, 2014

Sunway Medical Centre NICU Ward

Assalamualaikum,

Pertama kali melihat anak. Lemah lutut. Ditempatkan di NICU ward tak semua orang boleh masuk.
Saya ditolak menaiki wheel chair dari lobby utk ke NICU.

Perasaannya hanya Allah mengetahui.

Pertama kali saya melihat Faiq, berjujuran air mata. Anak yg dikandung dgn penuh kasih sayang kini berselirat wayar tapi wajahnya tenang sedang tidur. Menyentuh dia membuatkan perasaan saya dihujani dengan kesedihan. Tapi saya cuba bertahan.

Saya tak mampu teruskan cerita saya. Kesedihan menyelubungi. Takut utk kembali ingat detik itu.

Apa yg boleh saya ceritakan, kebaikan nurse dan doktor disini. Mereka sangat professional. Menjaga bayi bayi disitu seperti anak mereka sendiri. Doc faiq waktu tu ialah Dr.Khoo. Setiap hari saya datang melawat faiq, nurse nurse kat situ tak lekang memberi semangat. Membuatkan saya rasa mereka semua adalah ahli keluarga saya dan ibu kedua Faiq.

Seminggu saya berpantang disini. Dari pagi sampai ke petang menunggu anak. Walaupun faiq hanya tidur, menatap wajahnya dah cukup membuatkan rasa sakit czer tu hilang. Alhamdulillah Faiq semakin pulih hari ke hari. Berkat doa ahli keluarga dan sahabat semua.

Sepanjang Faiq di NICU, Faiq tetap diberi susu ibu. Pagi hingga petang Faiq akan direct breastfeed. Bila malam, saya akan bagi stock ebm kat nurse. Alhamdulillah, susu saya banyak dan cukup utk Faiq.

Cukup seminggu Faiq disini, Faiq dibenarkan pulang! Yeayy ! Saya dah tak payah berulang alik lagi dari umah ke hospital dan saya boleh fokus utk berpantang secara normal. Hahaha. Faiq dah mampu bernafas sendiri. Alhamdulillah. Nanti utk next entry, saya kongsikan total amount hospitalization Faiq di Sunway Medical Centre dan kos hospital saya bersalin secara czer + 1st class ward for 3days di Columbia Hosptal.

Terima kasih Doc dan Nurse di ward NICU Sunway Hospital utk service yg tip top ! To all nurses and doctors in NICU ward Sunway Hospital,
Thanks so much for taking such good care of my Son while he was on NICU Ward. It was a difficult time for us all but it put my mind at rest knowing that he was in such capable and professional hands. I also feel that being in the hospital was like being at home! You are kind, considerate and friendly nurse that I've ever had. Thank you !

Pengalaman bersalin pertama kali PART 3

Assalamualaikum,

Benarlah. Lain orang lain rezeki. Lain orang lain ceritanya.

Saya terjaga dari pengsan setelah nurse kejutkan saya. "Alhamdulillah", perkataan pertama yg saya ucapkan. Mendengar tangisan anak sudah cukup buat saya lega walaupun saya masih belum menatap anak saya sendri. Jantinanya pun saya tak tahu.

Nurse : " Ok puan, ade rasa nak muntah tak? --- Saya jawab, "takde"
Nurse : "Kami hantar puan ke ward ye. Puan boleh rehat kat sana. -- Saya tanya. " Anak saya mana?"
Nurse : -- Senyum. "Nanti kami hantar bayi puan kat bilik."

Lepas menjalani operation, saya masih lagi mamai. Tenaga mcm dah zero. Badan pun longlai semacam and paling menyeksakan, kaki saya tak boleh bergerak langsung. Sampai kat ward, bilik saya kosong. Agak pelik. Tapi saya masih positive kan diri, mungkin semua teruja tengok baby.

Saya pejamkan mata. Tiba tiba doc dtg. Menerangkan sesuatu pada saya yg saya langsung tak dapat tangkap ape yg dia cuba sampaikan. Mungkin kesan bius membuatkan saya khayal. Yang saya dengar hanyalah perkataan, baby, lemas, hospital. Itu saja. Kemudian doc keluar dan saya sambung tidur.

Beberapa jam kemudian.

Saya sedar. Nampak mak abah dan adik beradik. Tenaga dah pulih. Saya mampu tersenyum. Tapi bayi masih belum kat sebelah saya. Terus saya bertanya mana suami dan anak saya.

Allah menduga hamba yg Dia sayang.

Selepas dilahirkan, Faiq mengalami kompilasi. Apa yg saya faham dari doc, faiq dah telan air dan darah saya, jadi paru paru dia ada problem. Faiq terpaksa bernafas menggunakan mesin dan darah perlu disedut keluar. Puncanya, hanya Allah yg tahu.

Faiq dikejarkan ke Sunway Medical Centre sejurus dilahirkan menggunakan ambulans dan ditempatkan di ward NICU sebab Columbia hosp takde peralatan yg cukup. Mengimbau kembali detik cemas nie, suami saya ada bercerita.. Menaiki ambulan bersama bayi hasil darah daging sendiri yg berselirat wayar, berpeluang 50 50 untuk hidup dan menempuh kesesakan jalan raya adalah perasaan yang maha dasyat. Sempat atau tidak anak aku diselamatkan, hanya Allah yg tahu. Pedih, memang pedih.



Saya berada di ward selama 2 hari tanpa anak. Hanya melihat gamabr anak di hp suami. Memang pilu melihat keadaan Faiq waktu tu. Dan perasaan saya bercampur baur. Hilang kekuatan saya.. Sehingga saya ditemukan dengan seorang nurse yg cuba menenangkan saya.
Nurse : "Dah kak, jangan nagis. Kalau akak nangis je bila nak baik. Akak kene kuat semangat utk anak akak. Anak akak kat sana akan kuat kalau ibu dia kuat. Ptg nie saya try bukak wayar semua, kita try jalan n kencing. Kalau oke semua, saya mintak doc keluarkan akak esok jugak. Akak boleh jumpa anak akak."

Ya, saya mendapat semangat baru. Saya kene cempat sembuh utk berjumpa anak saya.

Monday, January 6, 2014

Pengalaman bersalin pertama kali PART 2

Assalamualaikum !

Pertama kali merasa pengalaman nak bersalin nie kita memang akan naif. Ibarat berlajar dengan buku tanpa praktikkannya memanglah tak sama. Samalah mcm beranak nie. Kita banyak membaca tapi kita tak pernah hadapi. Jadi, segalanya adalah asing !

Alhamdulillah saya tidur lena malam tu. sakit tetap ada tapi mild stage je. Saya terjaga bila husband kejut. " Bangun yang, dah subuh. Pergi mandi siap siap " Sumpah waktu tu saya sangat takut.

Selesai mandi, husband sikatkan rambut saya. Masa tu perasaan mcm nak pergi menemui ajal. Rasa mcm nak pergi serahkan nyawa kat orglain. Dalam suasana sunyi dan pilu tu, saya amik kesempatan mohon maaf kat husband, mintak halal dan buat wasiat sikit. Tehehe ! Memang bunyi agak poyo disitu, tapi percayalah anda memang akan rasa nak pergi mengadap malaikat Izrail.

Husband sempat pesan -- " Apa pun jadi lepas nie, kita mesti redha anggap ini adalah rancangan yg terbaik dari Allah. Kita serahkan pada Dia, InsyaAllah semua selamat ". Kata kata husband tulah yg saya pegang sebelum masuk labour room.

Lokasi : Labour room.

Nurse pun mulakan pasang wayar wayar sambung kat mesin. Saya dengar dengupan jantun anak yg dikandung. Dup dup dup ! Pastu nurse bgtau yg dorg akan mula pasang drip atau bahasa kita kita nie, masuk air dlm darah. Dan once dah pasang drip, contraction akan lebih kuat. SubhanaAllah..

10 minit.

Contraction makin kuat. Saya dah menggelupur tahan sakit. Jalan baru bukak 6cm. Ada lagi 4 cm. 1cm 1jam. Maknanya ada lg 4 jam nak kene tahan sakit nie ! Husband kat tepi dah muka cuak tengok saya menahan sakit. Saya hanya dapat baring menahan sakit sbb tangan disambung dgn drip. Nak berjalan pun tak boleh. Akhirya saya tewas dan mintak doc masukkan epidural. Lepas nurse terangkan semua, saya di bius dgn epidural. Lega. Sakit hilang. Saya mamai, dan mengantuk.


Suasana dlm labour room. Saya tengah tido waktu tu selepas di bius dgn epidural. 


Macam berada si alam fantasi, saya betul2 mengantuk. Hampir beberapa kali terlena tanpa sedar. Doc setiap setengah jam dtg cek. Dalam mamai mamai tu saya sempat tanya kat husband, " Macam ne nak teran kalau mengantuk khayal cmnie abg?"

Tiba tiba.

Saya dengar heart beat kat mesin semakin lemah. lemah dan lemah. Ntah kuasa dari mana dtg, saya terus menjerit, "Jantung siapa yg lemah nie???"
Doc masuk dan periksa. Suasana jadi cemas. Masa tu saya dapat rasa saya akan ada masalah. Saya nampak doc beberapa kali berbisik dgn nurse. Husband pun abes cuak dah masa tu.

Doc : " Awak dah bukak 9cm tapi kene proceed with emergency scissor. Saluran dah bengkak dan anak awak dah lemas"

Allah itu maha berkuasa.

Menitik air mata saya. Perasaan takut, cemas, sedih semua ada. Lepas sign the agreement, saya dipakaikan baju bedah. Kepala disarung. Allah Allah Allah. Itu je saya ingat masa tu. Tangan husband di genggam erat. dan saya ditolak ke bilik bedah. Dalam perjalanan saya ke bilik bedah, saya nampak mak, abah, mertua dan adik beradik yg turut sama tolak katil saya. Pilunya suasana masa tu. Mak sempat pesan, "Tabah ye ngah. Ingat Allah. Semua akan selamat".

--- Ya Allah, Kau ambillah nyawaku andai itu mampu selamatkan anak aku"

Lokasi : Bilik Bedah.

Sejuk, seram. Doc dan nurse semua bertungkus lumus kelam kabut. Kedengaran bahasa bahasa yg saya pun tak faham. Zaaap ! Perut saya di toreh. Ada dua orang nurse di kepala saya yg cuba menenangkan saya. "Mengucap ye puan. Ingat Allah"
Grup grap grup grap. Bunyi doc mengodek perut saya. Dan saya dengar doc menjerit " Ya Allah, susahnya nak keluar!" --- Cemas weyyy. Anak aku!

Suasana masih tegang. Disebabkan bukaan saya dah 9cm, baby pun dah masuk saluran peranakkan. Jadi agak sukar utk doc tarik keluar anak saya. Itu yg saya faham dari situasi tu.
Akhirnyaaa, Allah Maha Pengasih dan Penyanyang.
Anak saya selamat dikeluarkan. Tapi tiada tangisan. Saya menjerit lagi sekali. " Kenapa anak saya tak nangis??"

Nurse cuba menenangkan saya. "Ngucap puan, doc tenga cuba selamatkan bayi puan". Dengan tenaga yg semakin lemah, saya cuba positifkan diri. Ya Allah, selamatkan lah anak aku. Selang beberapa minit, saya mendengar tangisan pertama anak. Tapi saya masih tak melihat wajah anak saya.

Saya pengsan.

Pengalaman bersalin pertama kali

Saya duk pikiaq, apelah nak tulis untuk entry pertama nie.

Assalamualaikum !

Okay, entry pertama nie saya nak share pengalaman saya melahirkan Faiq. Sebelum tu, pada bakal bakal ibu atau ibu yg sedang mengandung, mari kita sama sama positif dan fikir susah senang tu datangnya dari Allah okay? Sebab, semua orang boleh bercerita.

Setiap satu daripada ibu didunia nie mempunyai pengalaman yg berbeza. Jadi, jangan takut untuk masuk labour room sbb apa yg saya alami, takkan sama ape yg anda alamai InsyaAlllah.

Saya lahirkan Faiq pada minggu ke-37. Awal beberapa minggu dari due date. Pagi tu saya siap siap nak pergi weekly check up kat hospital. Daaaan, sepanjang saya mengandung, itulah pertama kali husband tak teman pergi cehck up sbb dia ade meeting yg tak benarkan dia ambil cuti. Redha.

Saya pergi di temani adik. Masa tu bentuk perut memang dah kebawah. Dan keletihan tu memang champion la sbb perut dah berat sgt. Saya checkup di Hosp. Columbia Asia Puchong. Hospital nie dipilih sbb dekat dengan rumah mak dan saya memilih doktor wanita disitu.

Doc : Anak dah turun nie. Saya seluk ye cek jalan?
Itulah pertama kali saya diseluk. Sebelum nie duk baca je orang cerita cerita kene seluk. Dan ya, memang sakit ya amat. Rasa mcm senggugut berdarah! Eh, senggugut memang berdarah. =.=

Doc: Jalan dah buka 3cm. Masuk ward ye?
Tanpa suami disisi, saya takk terima pelawaan doktor tu. " Umah mak saya sebelah nie je doktor. Saya nak balik dulu. Kalau sakit tak tahan, saya dtg balik ye? " -- sebenarnya kat kepala saya waktu tu, saya nak balik makan roti canai dulu & nak rasa contraction betul2. So, doc pun benarkan saya balik rumah.

Doc : Tapi ingat tau, kalau sakit datang hospital balik ! --- pesan doc kat saya.

Terbaiiiikkkk. Sampai umah je darah turun mcm period tu. Tapi saya masih positif. Mungkin kesan doc seluk tu kot yg buat darah turun. Positive weyy, mesti positive ! Then, saya pun pakai lah pad. Husband call, saya siap ckp : "leklek dulu bang. belum nak beranak. Doc ckp dh bukak 3cm tapi tak sakit pun"

Kuasa Allah. Lepas je saya letak fon, terus sakit tu datang. Sakit mcm senggugut tahap sejuta! Tapi saya maintain postive. Nahaaai, taknak masuk ward punye citaaa la nie. Haha. Jalan pun dah mengangkang sbb cramp kat celahan kaki tu. Mak pulak tak abes abes suh masuk ward sbb darah dah turun katanya. Mak pun buatkan air milo, dan hidang roti canai idaman saya tadi. Mak siap bagi air rendaman gengam fatimah, sambil siap pesan " baca selawat banyak ye nak". Masa tu hati dah hiba sket. Aku nie nak beranak dah ke?

Suami tiap 5 menet asik call. Risau. Saya masih cekal menahan sakit yg meledak tu. Serba tak kena. Saya pun decide nak mandi. Masa tu memang darah dah mencurah2. Masa mandi tu, darah keluar non stop dan amat menyeramkan. Saya pun mengalah, call suami. "Abg, darah banyak turun. Abg baliklah, kita pergi hospital ". --- Hiba.

Sampai hospital, saya pun warded. Masa tu sakit pun berkurangan. -- nak keluar hospital balik boleh tak? Haha.

Benar. Bila anda dh warded, nurse akan rajin mesra menyeluk anda utk cek berapa cm bukak. Sabar jela kan. Malangnya saya baru bukak 4 cm je.

Dalam taknak taknak masuk ward tu, sampai kemalam la jalan saya tak bukak. 4cm sampai kemalam. Allah, dugaan apakah ini. Sakit tetap sakit. Darah masih turun. Sepanjang malam kat hospital, husband tak henti henti mengaji & temankan saya berjalan -- kononnya nak cepat bukak jalan kenelah banyak berjalan kan? Abes satu hospital tu saya pusing siap berkenalan dgn mak guard kat situ. Dan sepanjang malam saya tak boleh tidur. Kul 12 malam tu, nurse datang.

Nurse : Sakit lagi puan? Tahan ye, jalan still 4cm. Doc cakap, esok pagi2 kita induce utk cepatkan bukaan jalan. Lepas subuh, puan siap siap mandi, kita masuk labour room. Malam nie tido lena lena ye. InsyaAllah esok semua selamat.--- Hiba lagi.


Siapa dia norfazlina?

Assalamualaikum,

Saya insan biasa. Saya raja typo. Haha ! Sebab suka taip laju laju. Saya tak pandai mengarang tapi ada semangat untuk berkongsi cerita. Cerita saya dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang ibu beranak satu. Semoga cerita yang baik itu dijadikan panduan, selebihnya dijadikan pengajaran.

Berusia 27 tahun. Hamba kepada yang SATU. Ibu kepada Faiq Aisy Mikael. Isteri kepada Nazyudi Hasni. Anak kepada Pn Norjalelayati Mohamad & En. Mohd Faozi Mukhlas. Menantu kesayangan Pn Noorsiah & En Hasni. <-- Oke, ini over.

Bekerja dalam sektor perbankan di ibu negara. Memengang Ijazah Pengurusan Industri Kepujian. Pernah menuntut di :
1) Sek. Ren. Pangkalan TLDM, Lumut
2) Sek. Ren. Keb Taman Setiawangsa KL
3) Sek. Men.Keb Taman Setiawangsa KL
4) Sek. Men. Keb Buyong Adil, Tapah
5) Sek. Men. Teknik Slim River, Perak
6) University Selangor

Saya menetap di Puchong. Pengguna Ipad & Iphone tegar. Founder of bajubabybams di Instagram. Tuan tanah akaun fazlinafaozi juga di Instagram. -- menharap ade orang add le tew! 

Lahir pada 09 July 1986. Tea lover. Pemalas. Katik. Tak gemuk. Kawan baik saya dari dulu hingga kini adalah suami saya sendiri dan adik beradik saya. Berpenyakit migrain. Berjari tembam -- bukti pemalas. Penggemar Chatime. Peminat Awie Wings no 1.



Selamat datang ke blog saya dan semoga anda anda anda semua dirahmati Allah swt.

Lets start !!!