Benarlah. Lain orang lain rezeki. Lain orang lain ceritanya.
Saya terjaga dari pengsan setelah nurse kejutkan saya. "Alhamdulillah", perkataan pertama yg saya ucapkan. Mendengar tangisan anak sudah cukup buat saya lega walaupun saya masih belum menatap anak saya sendri. Jantinanya pun saya tak tahu.
Nurse : " Ok puan, ade rasa nak muntah tak? --- Saya jawab, "takde"
Nurse : "Kami hantar puan ke ward ye. Puan boleh rehat kat sana. -- Saya tanya. " Anak saya mana?"
Nurse : -- Senyum. "Nanti kami hantar bayi puan kat bilik."
Lepas menjalani operation, saya masih lagi mamai. Tenaga mcm dah zero. Badan pun longlai semacam and paling menyeksakan, kaki saya tak boleh bergerak langsung. Sampai kat ward, bilik saya kosong. Agak pelik. Tapi saya masih positive kan diri, mungkin semua teruja tengok baby.
Saya pejamkan mata. Tiba tiba doc dtg. Menerangkan sesuatu pada saya yg saya langsung tak dapat tangkap ape yg dia cuba sampaikan. Mungkin kesan bius membuatkan saya khayal. Yang saya dengar hanyalah perkataan, baby, lemas, hospital. Itu saja. Kemudian doc keluar dan saya sambung tidur.
Beberapa jam kemudian.
Saya sedar. Nampak mak abah dan adik beradik. Tenaga dah pulih. Saya mampu tersenyum. Tapi bayi masih belum kat sebelah saya. Terus saya bertanya mana suami dan anak saya.
Allah menduga hamba yg Dia sayang.
Selepas dilahirkan, Faiq mengalami kompilasi. Apa yg saya faham dari doc, faiq dah telan air dan darah saya, jadi paru paru dia ada problem. Faiq terpaksa bernafas menggunakan mesin dan darah perlu disedut keluar. Puncanya, hanya Allah yg tahu.
Faiq dikejarkan ke Sunway Medical Centre sejurus dilahirkan menggunakan ambulans dan ditempatkan di ward NICU sebab Columbia hosp takde peralatan yg cukup. Mengimbau kembali detik cemas nie, suami saya ada bercerita.. Menaiki ambulan bersama bayi hasil darah daging sendiri yg berselirat wayar, berpeluang 50 50 untuk hidup dan menempuh kesesakan jalan raya adalah perasaan yang maha dasyat. Sempat atau tidak anak aku diselamatkan, hanya Allah yg tahu. Pedih, memang pedih.
Saya berada di ward selama 2 hari tanpa anak. Hanya melihat gamabr anak di hp suami. Memang pilu melihat keadaan Faiq waktu tu. Dan perasaan saya bercampur baur. Hilang kekuatan saya.. Sehingga saya ditemukan dengan seorang nurse yg cuba menenangkan saya.
Nurse : "Dah kak, jangan nagis. Kalau akak nangis je bila nak baik. Akak kene kuat semangat utk anak akak. Anak akak kat sana akan kuat kalau ibu dia kuat. Ptg nie saya try bukak wayar semua, kita try jalan n kencing. Kalau oke semua, saya mintak doc keluarkan akak esok jugak. Akak boleh jumpa anak akak."
Ya, saya mendapat semangat baru. Saya kene cempat sembuh utk berjumpa anak saya.
No comments:
Post a Comment