Friday, November 14, 2014

Madison Classic Sugarscarf

Assalamualaikum & Hi Ladies !

Demam Madisson melanda ! Sugarscarf, berjaya mencetuskan fenomena baru dalam insdustri fashion hijab di Malaysia. Madisson kini menjadi kegemaran ramai wanita no 1 di Malaysia. Buktinya? Ehem, saya pun join demam Madisson juga. Aha !

Kenapa saya katakan Madisson kita menjadi instant shawl no 1 pilihan ahkak ahkak kita? Bayangkan setiap unit yang dikeluarkan oleh pihak Sugarscarf akan habis dijual dalam berberapa saat sahaja. Pernah sekali tu, pihak Sugarscarf ada buat announcement di Instagram dimana mereka akan restock beberapa colour yang hot selling pada pukul 12.00 tgh hari, tapi pembelian hanya boleh dilakukan secara online sahaja di website Sugarscarf. Korang bayangkan, ahkak sanggup skip time lunch semata mata nak dapatkan Madisson idaman ramai nie.

Tup, kul 12.00pm. Saya refresh website berulang kali. Betul, dah restock ! Semuanya warna warna yang menggiurkan. Kalau pakai nie, comfirmlah muka jadi lawa bak Emma Maembong disinari cahaya bulan. Lantas saya pun place order, grab sampai 3 warna. Sehelai Madisson berharga RM79.00, postage dalam RM7. Ambui cekal !

Tiba tiba, masa nak proceed check out utk pembayaran, tuptup keluar error. Ah sudahhhh! Refresh lagi. Stock sold out ! Ehhh diorang nie beli pakai internet apa ye? Laju zass zass! Gosok2 mata dua kali pun tak dapat mengubah perkataan sold out tu jadi available. Maka ahkak pun redhaaa.

Terus terang, saya bukan lah seorang yang fashionable, hijabista or obses with all this things. Tapi I've been influenced with their advertisment at  instagram. Bak kata orang, benda yang hari hari disogok, takkanlah tak melekat. Begitulah kaitannya pendekatan yg diorang buat, menggunakan instagram sebagai satu medan baru utk mempromosikan sesuatu product baru.

At last dapat jugaklah grab sepasang dua Madisson nie bila mana husband ajak pergi butik diorang di Shah Alam. Kualiti kain titop setanding dengan harga. Mudah dibentuk dan digayakan, nampak ekslusif dan boleh dililit pelbagai cara. Taklah susah susah nak lilit sana sini, berjam-jam lilit end up nya give up then capai tudung Paridah je. Hihi. I've planned to grab more color. (sambil jeling duit dalam purse)



Tangan tu patah sangat. Nak tutorial cara lilit tak?




More information, boleh visit website http://sugarscarf.com jenguk jenguk kot Madisson dah restock. Oh by the way, Madisson ade beberapa jenis. Ada Glitter, Sofia Satin & Sofia Glitter. Sediakan duit, and lets shopping ! :) 


1 comment:

  1. Assalamualaikum..sis kalau ada maddy preloved nk letgo contact akak ya. Mencari old batches 😁 0192100211

    ReplyDelete