Sunday, November 23, 2014

Tomei - Pandora 916 Gold

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya dah simpan niat almost a year nak beli bangle ala Pandora kat Tomei nie. Kepamlah niat tu sampai benar benar dah ready nak beli sebab duit tu kan macam air. Ade je mengalir kesana sini. Shopping itula inilah. Mihmih.

Sampai lah semalam, husband tetiba cakap kat Faiq, " Jom kita pergi beli gelang ibu?" Berbunga hati ahkak bila dengar. *blushing iols*

Apa itu Pandora 916gold? Sebenarnya saya tak pasti apa nama collection dari Tomei nie. Semalam pergi pun, bila saya tanya " nak tengok bangle ala pandora tu ada?" sales person tu pun layankan je. Like seriously, tak tahu sampai sekarang apa nama collection bangle nie. Basicly, dia macam pandora tapi diperbuat dari emas. Ada bangle, dan boleh gantung charm. Charm tu pulak ada pelbagai design. Memang mengoda jiwa. Comel comel je..

Tomei sahaja ke yang ada collection nie? Actually Habib pun ada tapi saya tak berkenan sebab gelang tu bukan macam bangle (keras) tapi more to rantai (flexible). Dan bila saya comparekan dari segi buatan, Tomei lebih berseni dan cantik :)

Harga? Harga bergantung pada size tangan anda. Base bangle yang saya beli nie size M, lebih kurang RM1600. Menurut sales girl tu, harga emas semalam turun tapi saya tak beberapa pasti detail harga tu berapa. And bangle nie padu, which tak senang nak kemek, bengkok, patah etc. Kalau pegang pun, bangle nie memang agak berat dan penuh. Dalam dia tak kosong..
Untuk harga charm pulak, depends kpada design and berat. Charm paling hot selling, design Eiffel Tower, Paris. Memang lawaaaaaa. Harga lebih kurang RM200 ++  :)
So, total harga saya dah labur semalam lebih kurang RM2500 ++ (Bangle size M with 4 pcs bangle)
Kalau budget anda tak besar, boleh beli charm satu dua dulu. Next time beli lagi. Tambah sikit sikit lama lama jadi gelang anak mami. Hahaha.


Berbaloi ke? Sangat berbaloi kalau beli. Satu, sebab design dia yang up-tp-date. Compare dengan design common yang ada sekarang, design nie lebih fresh dan teenage gitchu. Haha. Dua, compare dengan you beli Pandora, this one lebih berbaloi sebab diperbuat dari emas 916 which value tu takkan hilang. Boleh jual balik. Kalau Pandora, value akan turun dan lama lama boleh simpan jela sbb value dah takda. Terpulang pada selera masing masing :)

Lagi apa yang korang nak tau eh? Oh ya, lokasi. Saya beli bangle nie kat Tomei Puchong. Tapi, kalau nak tengok charm yang lebih banyak design, boleh pegi kat Tomei Alamanda, Putrajaya sebab kat situ outlet dia besar sikit dan banyak pilihan.

Kalau nak tau lebih detail, feel free to comment. Mana yang saya tahu, saya akan kongsikan :)





Thank you :)

Friday, November 14, 2014

Madison Classic Sugarscarf

Assalamualaikum & Hi Ladies !

Demam Madisson melanda ! Sugarscarf, berjaya mencetuskan fenomena baru dalam insdustri fashion hijab di Malaysia. Madisson kini menjadi kegemaran ramai wanita no 1 di Malaysia. Buktinya? Ehem, saya pun join demam Madisson juga. Aha !

Kenapa saya katakan Madisson kita menjadi instant shawl no 1 pilihan ahkak ahkak kita? Bayangkan setiap unit yang dikeluarkan oleh pihak Sugarscarf akan habis dijual dalam berberapa saat sahaja. Pernah sekali tu, pihak Sugarscarf ada buat announcement di Instagram dimana mereka akan restock beberapa colour yang hot selling pada pukul 12.00 tgh hari, tapi pembelian hanya boleh dilakukan secara online sahaja di website Sugarscarf. Korang bayangkan, ahkak sanggup skip time lunch semata mata nak dapatkan Madisson idaman ramai nie.

Tup, kul 12.00pm. Saya refresh website berulang kali. Betul, dah restock ! Semuanya warna warna yang menggiurkan. Kalau pakai nie, comfirmlah muka jadi lawa bak Emma Maembong disinari cahaya bulan. Lantas saya pun place order, grab sampai 3 warna. Sehelai Madisson berharga RM79.00, postage dalam RM7. Ambui cekal !

Tiba tiba, masa nak proceed check out utk pembayaran, tuptup keluar error. Ah sudahhhh! Refresh lagi. Stock sold out ! Ehhh diorang nie beli pakai internet apa ye? Laju zass zass! Gosok2 mata dua kali pun tak dapat mengubah perkataan sold out tu jadi available. Maka ahkak pun redhaaa.

Terus terang, saya bukan lah seorang yang fashionable, hijabista or obses with all this things. Tapi I've been influenced with their advertisment at  instagram. Bak kata orang, benda yang hari hari disogok, takkanlah tak melekat. Begitulah kaitannya pendekatan yg diorang buat, menggunakan instagram sebagai satu medan baru utk mempromosikan sesuatu product baru.

At last dapat jugaklah grab sepasang dua Madisson nie bila mana husband ajak pergi butik diorang di Shah Alam. Kualiti kain titop setanding dengan harga. Mudah dibentuk dan digayakan, nampak ekslusif dan boleh dililit pelbagai cara. Taklah susah susah nak lilit sana sini, berjam-jam lilit end up nya give up then capai tudung Paridah je. Hihi. I've planned to grab more color. (sambil jeling duit dalam purse)



Tangan tu patah sangat. Nak tutorial cara lilit tak?




More information, boleh visit website http://sugarscarf.com jenguk jenguk kot Madisson dah restock. Oh by the way, Madisson ade beberapa jenis. Ada Glitter, Sofia Satin & Sofia Glitter. Sediakan duit, and lets shopping ! :) 


Thursday, November 13, 2014

Faiq Aisy Mikael Bin Nazyudi


Faiq - Yang terutama
Aisy - Kemewahan
Mikael - Malaikat yang tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan dan mengeluarkan hasil galian bumi.

Perhatian , entry ini sangat panjang dan penuh dengan puji pujian untuk anak sendiri. Sila tahan muntah. Hewhew.

Assalamualaikum & Hi !

How times flies, ketika entry ini diterbitkan, Faiq dah berusia 1tahun 3 bulan. Last entry saya dulu masa Faiq baru berusia 3 minggu. Ambui, almost 1 year menyepi kan. Tup tup keluar entry anak dah besar.

Walaupun Faiq dilahirkan secara cesarean kerana complication masa nak deliver dulu, Alhamdulillah dia sihat, cergas bak juara. Dalam usia 1tahun lebih nie, dia dah boleh sebut beberapa butir perkataan dengan jelas, antaranya ; bird, dog, bah (abah), jan (hujan), werk (work), carrr (kenapa r banyak sgt? sbb gaya sebutan faiq, perkataan car tu kene nganga besar sket kat hujung r tu macam carrrgghhh. oke, takpe kalau tak faham) and adelah a few words yang ibu dah lupe. Oh, haah, ibu? Baiklah, dimaklumkan, perkataan ibu dia masih belum boleh sebut. Ye, hakak redhaaa. Slow slow ye nak, tak derhaka pun kalau tak pandai sebut. Hahaha.

Faiq mula berjalan pada usia 1tahun 2 bulan. Bulan lepas. Agak lambat juga berbanding bayi yang lain tapi tak mengapalah, at last dia jalan jugak kan? And Faiq dah makan makanan pejal. Favorite food dia, nasi makan dengan kuah kurma dimasak oleh Opah. Kalau perkataan Opah tu tukar dengan nama Ibu, terus jadi tak favorite dah. Ini sungguh. Adalah juga beberapa dishes yang dia suka kalau saya masak, cuma malas nk mention je kat sini (ke takde benda nak mention?) Hahaha.

Faiq susu badan sepenuhnya. Alhamdulillah rezeki anak nie murah. Susu saya banyak, stock ebm pun tak pernah putus. Faiq makan pun senang. Sayur buah-buahan semua dia boleh makan. Pakai pampers pun jenis yang biasa biasa sahaja sbb dia sesuai je dengan mana mana pampers. Waktu ibu kerja, dia behave sangat dengan opah. Setakat ini, belum lagi dia menangis nangis taknak kene tinggal. -start dah memuji anak sendiri. Waktu malam, dia jarang berjaga malam kecuali bangun nak  menyusu. So far, semuanya Alhamdulillha baik baik sahaja :)


Jom jom layan mata tengok keletah Faiq.


Atototoooo. Masa nie baby lagi, umur dalam 1bulan lebih. Lahir lahir dah pacak dah rambut tu. Faiq mengalami pro-long jaundice dimana dia kene duduk bawah lampu yang kaler biru sambil pakai spek mata tu. Hehe. Kenapa namanya pro-long jaundice? Bayi akan mengalami jaundice paling lama seminggu. Tetapi, jika ianya berlarutan lebih dari seminggu, itu dikategorikan dalam pro-long jaundice. Pro-long jaundice yang terlalu lama akan menyebabkan bayi mengalami pelbagai komplikasi lain, malah boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan. Boleh google untuk mengetahui infomasi yang lebih tepat. Nanti saya share tips mengatasi baby jaundice ya di entry lain.

 Alhamdulillah, Faiq cukup dua minggu jaundice dah mula berkurangan. 




Kangkangan maut dari Faiq. Sebenarnya Faiq nie tak suka dibedung even dia dah besar nie pun tak suka sangat bila dipeluk. Masa dia baby dulu, saya bedung dia waktu malam je bila dia dah nak tidur. Waktu pagi, biar dia terkangkang. Haha. Berat Faiq masa lahir dulu dalam 3.6kg. Sebab tu dia nampak agak gergasi berbanding bayi yang seusia dengan dia. Hihi.



Pipi tu selambak kan. Geramsnessss ! Masa nie dia 3 months old during his Majlis Aqiqah. Kemain smart macam waiter. Nanti saya update kat entry lain pasal Majlis Aqiqah si tembam nie,


Baru lepas trim rambut. Dah macam abang askar. Hahaha.



4 months ! Dah pandai senyum senyum, merengek rengek, gedik gedik. Ahhaaaaa. Pipi still maintain selambak gitchu.


Faiq masa nie jadi model tak berbayar. Promote set baju adidas nie. Agah sikit, gelak besarrr.


5 months. With ibu pergi holiday kat Genting Highland. Sejuklah konon tu. 


Muka ajak main. Time nie baring jelah kejenya, Tak pandai duduk lagi. Tak minat nak duduk car seat sebab kejap kejap nak susu. Letih duk letak angkat dia kat car seat tu.


6 months. Dah boleh meniarap. Mulut tuuuuu !


Lepas kacau abah solat :)



Hai, saya abang sado kesayangan ibu. 



Faiq 10 bulan pandai clap clap hand. Dengar lagu dah pandai goyang goyang. Macammana tak sayang?


Yang nie pun jadi model tak berbayar. Tapi badmood memanjang.


During Medina's birthday party. Masa nie Faiq 11 bulan, Medina dah cukup setahun. Omeyyy sangat medina tuh. Muka masing belagak taknak pandang. Geram aihhhh.



Dia akan buat thumb up kalau ibu sebut baguuusssss. Mulut mengumam nasi ayam. Hahaha


Learning time with Ipad.


Please fokus kat mimik muka Faiq tu ! Hahaha. Memang mewarisi abah dia sangat sebab kecik kecik dah nampak minat kat motor. Pantang nampak, suka kemain dia.


Masa nie Faiq dah one year. Haaaa, entry Birthday Party #FaiqTurn1 menyusul kemudian yee.


Rindu awak 200% katanya. Hoho



Kenapa buat muka macam tu, tak paham lah ibu.

Pendek kata, bila dah ada anak nie, hidup berubah penuh warna warni. Kasih sayang suami isteri bertambah erat. Rumah jadi riuh rendah. Kebahagiaan yang tak terungkap dengan kata kata. YaAllah indahnya !



I love you my son!