Assalamualaikum.
Sebenarnya saya dah simpan niat almost a year nak beli bangle ala Pandora kat Tomei nie. Kepamlah niat tu sampai benar benar dah ready nak beli sebab duit tu kan macam air. Ade je mengalir kesana sini. Shopping itula inilah. Mihmih.
Sampai lah semalam, husband tetiba cakap kat Faiq, " Jom kita pergi beli gelang ibu?" Berbunga hati ahkak bila dengar. *blushing iols*
Apa itu Pandora 916gold? Sebenarnya saya tak pasti apa nama collection dari Tomei nie. Semalam pergi pun, bila saya tanya " nak tengok bangle ala pandora tu ada?" sales person tu pun layankan je. Like seriously, tak tahu sampai sekarang apa nama collection bangle nie. Basicly, dia macam pandora tapi diperbuat dari emas. Ada bangle, dan boleh gantung charm. Charm tu pulak ada pelbagai design. Memang mengoda jiwa. Comel comel je..
Tomei sahaja ke yang ada collection nie? Actually Habib pun ada tapi saya tak berkenan sebab gelang tu bukan macam bangle (keras) tapi more to rantai (flexible). Dan bila saya comparekan dari segi buatan, Tomei lebih berseni dan cantik :)
Harga? Harga bergantung pada size tangan anda. Base bangle yang saya beli nie size M, lebih kurang RM1600. Menurut sales girl tu, harga emas semalam turun tapi saya tak beberapa pasti detail harga tu berapa. And bangle nie padu, which tak senang nak kemek, bengkok, patah etc. Kalau pegang pun, bangle nie memang agak berat dan penuh. Dalam dia tak kosong..
Untuk harga charm pulak, depends kpada design and berat. Charm paling hot selling, design Eiffel Tower, Paris. Memang lawaaaaaa. Harga lebih kurang RM200 ++ :)
So, total harga saya dah labur semalam lebih kurang RM2500 ++ (Bangle size M with 4 pcs bangle)
Kalau budget anda tak besar, boleh beli charm satu dua dulu. Next time beli lagi. Tambah sikit sikit lama lama jadi gelang anak mami. Hahaha.
Berbaloi ke? Sangat berbaloi kalau beli. Satu, sebab design dia yang up-tp-date. Compare dengan design common yang ada sekarang, design nie lebih fresh dan teenage gitchu. Haha. Dua, compare dengan you beli Pandora, this one lebih berbaloi sebab diperbuat dari emas 916 which value tu takkan hilang. Boleh jual balik. Kalau Pandora, value akan turun dan lama lama boleh simpan jela sbb value dah takda. Terpulang pada selera masing masing :)
Lagi apa yang korang nak tau eh? Oh ya, lokasi. Saya beli bangle nie kat Tomei Puchong. Tapi, kalau nak tengok charm yang lebih banyak design, boleh pegi kat Tomei Alamanda, Putrajaya sebab kat situ outlet dia besar sikit dan banyak pilihan.
Kalau nak tau lebih detail, feel free to comment. Mana yang saya tahu, saya akan kongsikan :)
Thank you :)
ala cantiknyeee..nk cari yg mcm ni..thank 4 info :)
ReplyDeleteserius cantik..sy mmg dh lama idamkan emas ala pandora ni..laa ni dok pki rt gantung juntai jew..x dpt pandora 916 pakai yang ni dlu pn jadi ler..amik aura..hahaha
ReplyDeleteHi..peminat pandora ye? Blh je visit my blog "jeannapandora.blogspot" or my fb page "gorgeous pandora" utk dptkan koleksi pandora pd harga yg murah dan berpatutan. Tq π
ReplyDeleteJemput baca.. pelbagai bead pandora 916 yang meruntun jiwa..http://kokoadik.blogspot.my/search/label/PANDORA%20916
ReplyDeleteJemput baca.. pelbagai bead pandora 916 yang meruntun jiwa..http://kokoadik.blogspot.my/search/label/PANDORA%20916
ReplyDeleteCantiknye.klu tgn kecik sesuai x?
ReplyDeleteAllahu..cntik nye..
ReplyDeletePokies, Slots, and Table Games Guide 2021 - Pogo
ReplyDeletePokies, Slots, and Table νλ μ΄ ν¬μ»€ Games Guide 2021 · νμ¨μ°μ±λ¦°μ§ What to ν ν μ¬μ΄νΈ expect at a casino ν¬μ»€ νμ΄μ€ λ» in New Jersey · Games · How ν ν κ°μ λ¨Έλ to play pokie in New Jersey.