Aisy - Kemewahan
Mikael - Malaikat yang tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan dan mengeluarkan hasil galian bumi.
Perhatian , entry ini sangat panjang dan penuh dengan puji pujian untuk anak sendiri. Sila tahan muntah. Hewhew.
Assalamualaikum & Hi !
How times flies, ketika entry ini diterbitkan, Faiq dah berusia 1tahun 3 bulan. Last entry saya dulu masa Faiq baru berusia 3 minggu. Ambui, almost 1 year menyepi kan. Tup tup keluar entry anak dah besar.
Walaupun Faiq dilahirkan secara cesarean kerana complication masa nak deliver dulu, Alhamdulillah dia sihat, cergas bak juara. Dalam usia 1tahun lebih nie, dia dah boleh sebut beberapa butir perkataan dengan jelas, antaranya ; bird, dog, bah (abah), jan (hujan), werk (work), carrr (kenapa r banyak sgt? sbb gaya sebutan faiq, perkataan car tu kene nganga besar sket kat hujung r tu macam carrrgghhh. oke, takpe kalau tak faham) and adelah a few words yang ibu dah lupe. Oh, haah, ibu? Baiklah, dimaklumkan, perkataan ibu dia masih belum boleh sebut. Ye, hakak redhaaa. Slow slow ye nak, tak derhaka pun kalau tak pandai sebut. Hahaha.
Faiq mula berjalan pada usia 1tahun 2 bulan. Bulan lepas. Agak lambat juga berbanding bayi yang lain tapi tak mengapalah, at last dia jalan jugak kan? And Faiq dah makan makanan pejal. Favorite food dia, nasi makan dengan kuah kurma dimasak oleh Opah. Kalau perkataan Opah tu tukar dengan nama Ibu, terus jadi tak favorite dah. Ini sungguh. Adalah juga beberapa dishes yang dia suka kalau saya masak, cuma malas nk mention je kat sini (ke takde benda nak mention?) Hahaha.
Faiq susu badan sepenuhnya. Alhamdulillah rezeki anak nie murah. Susu saya banyak, stock ebm pun tak pernah putus. Faiq makan pun senang. Sayur buah-buahan semua dia boleh makan. Pakai pampers pun jenis yang biasa biasa sahaja sbb dia sesuai je dengan mana mana pampers. Waktu ibu kerja, dia behave sangat dengan opah. Setakat ini, belum lagi dia menangis nangis taknak kene tinggal. -start dah memuji anak sendiri. Waktu malam, dia jarang berjaga malam kecuali bangun nak menyusu. So far, semuanya Alhamdulillha baik baik sahaja :)
Jom jom layan mata tengok keletah Faiq.
Atototoooo. Masa nie baby lagi, umur dalam 1bulan lebih. Lahir lahir dah pacak dah rambut tu. Faiq mengalami pro-long jaundice dimana dia kene duduk bawah lampu yang kaler biru sambil pakai spek mata tu. Hehe. Kenapa namanya pro-long jaundice? Bayi akan mengalami jaundice paling lama seminggu. Tetapi, jika ianya berlarutan lebih dari seminggu, itu dikategorikan dalam pro-long jaundice. Pro-long jaundice yang terlalu lama akan menyebabkan bayi mengalami pelbagai komplikasi lain, malah boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan. Boleh google untuk mengetahui infomasi yang lebih tepat. Nanti saya share tips mengatasi baby jaundice ya di entry lain.
Alhamdulillah, Faiq cukup dua minggu jaundice dah mula berkurangan.
Pipi tu selambak kan. Geramsnessss ! Masa nie dia 3 months old during his Majlis Aqiqah. Kemain smart macam waiter. Nanti saya update kat entry lain pasal Majlis Aqiqah si tembam nie,
Baru lepas trim rambut. Dah macam abang askar. Hahaha.
4 months ! Dah pandai senyum senyum, merengek rengek, gedik gedik. Ahhaaaaa. Pipi still maintain selambak gitchu.
Faiq masa nie jadi model tak berbayar. Promote set baju adidas nie. Agah sikit, gelak besarrr.
5 months. With ibu pergi holiday kat Genting Highland. Sejuklah konon tu.
Muka ajak main. Time nie baring jelah kejenya, Tak pandai duduk lagi. Tak minat nak duduk car seat sebab kejap kejap nak susu. Letih duk letak angkat dia kat car seat tu.
6 months. Dah boleh meniarap. Mulut tuuuuu !
Lepas kacau abah solat :)
Hai, saya abang sado kesayangan ibu.
Faiq 10 bulan pandai clap clap hand. Dengar lagu dah pandai goyang goyang. Macammana tak sayang?
Yang nie pun jadi model tak berbayar. Tapi badmood memanjang.
During Medina's birthday party. Masa nie Faiq 11 bulan, Medina dah cukup setahun. Omeyyy sangat medina tuh. Muka masing belagak taknak pandang. Geram aihhhh.
Dia akan buat thumb up kalau ibu sebut baguuusssss. Mulut mengumam nasi ayam. Hahaha
Learning time with Ipad.
Please fokus kat mimik muka Faiq tu ! Hahaha. Memang mewarisi abah dia sangat sebab kecik kecik dah nampak minat kat motor. Pantang nampak, suka kemain dia.
Masa nie Faiq dah one year. Haaaa, entry Birthday Party #FaiqTurn1 menyusul kemudian yee.
Rindu awak 200% katanya. Hoho
Kenapa buat muka macam tu, tak paham lah ibu.
Pendek kata, bila dah ada anak nie, hidup berubah penuh warna warni. Kasih sayang suami isteri bertambah erat. Rumah jadi riuh rendah. Kebahagiaan yang tak terungkap dengan kata kata. YaAllah indahnya !
I love you my son!
No comments:
Post a Comment