Monday, January 6, 2014

Pengalaman bersalin pertama kali PART 2

Assalamualaikum !

Pertama kali merasa pengalaman nak bersalin nie kita memang akan naif. Ibarat berlajar dengan buku tanpa praktikkannya memanglah tak sama. Samalah mcm beranak nie. Kita banyak membaca tapi kita tak pernah hadapi. Jadi, segalanya adalah asing !

Alhamdulillah saya tidur lena malam tu. sakit tetap ada tapi mild stage je. Saya terjaga bila husband kejut. " Bangun yang, dah subuh. Pergi mandi siap siap " Sumpah waktu tu saya sangat takut.

Selesai mandi, husband sikatkan rambut saya. Masa tu perasaan mcm nak pergi menemui ajal. Rasa mcm nak pergi serahkan nyawa kat orglain. Dalam suasana sunyi dan pilu tu, saya amik kesempatan mohon maaf kat husband, mintak halal dan buat wasiat sikit. Tehehe ! Memang bunyi agak poyo disitu, tapi percayalah anda memang akan rasa nak pergi mengadap malaikat Izrail.

Husband sempat pesan -- " Apa pun jadi lepas nie, kita mesti redha anggap ini adalah rancangan yg terbaik dari Allah. Kita serahkan pada Dia, InsyaAllah semua selamat ". Kata kata husband tulah yg saya pegang sebelum masuk labour room.

Lokasi : Labour room.

Nurse pun mulakan pasang wayar wayar sambung kat mesin. Saya dengar dengupan jantun anak yg dikandung. Dup dup dup ! Pastu nurse bgtau yg dorg akan mula pasang drip atau bahasa kita kita nie, masuk air dlm darah. Dan once dah pasang drip, contraction akan lebih kuat. SubhanaAllah..

10 minit.

Contraction makin kuat. Saya dah menggelupur tahan sakit. Jalan baru bukak 6cm. Ada lagi 4 cm. 1cm 1jam. Maknanya ada lg 4 jam nak kene tahan sakit nie ! Husband kat tepi dah muka cuak tengok saya menahan sakit. Saya hanya dapat baring menahan sakit sbb tangan disambung dgn drip. Nak berjalan pun tak boleh. Akhirya saya tewas dan mintak doc masukkan epidural. Lepas nurse terangkan semua, saya di bius dgn epidural. Lega. Sakit hilang. Saya mamai, dan mengantuk.


Suasana dlm labour room. Saya tengah tido waktu tu selepas di bius dgn epidural. 


Macam berada si alam fantasi, saya betul2 mengantuk. Hampir beberapa kali terlena tanpa sedar. Doc setiap setengah jam dtg cek. Dalam mamai mamai tu saya sempat tanya kat husband, " Macam ne nak teran kalau mengantuk khayal cmnie abg?"

Tiba tiba.

Saya dengar heart beat kat mesin semakin lemah. lemah dan lemah. Ntah kuasa dari mana dtg, saya terus menjerit, "Jantung siapa yg lemah nie???"
Doc masuk dan periksa. Suasana jadi cemas. Masa tu saya dapat rasa saya akan ada masalah. Saya nampak doc beberapa kali berbisik dgn nurse. Husband pun abes cuak dah masa tu.

Doc : " Awak dah bukak 9cm tapi kene proceed with emergency scissor. Saluran dah bengkak dan anak awak dah lemas"

Allah itu maha berkuasa.

Menitik air mata saya. Perasaan takut, cemas, sedih semua ada. Lepas sign the agreement, saya dipakaikan baju bedah. Kepala disarung. Allah Allah Allah. Itu je saya ingat masa tu. Tangan husband di genggam erat. dan saya ditolak ke bilik bedah. Dalam perjalanan saya ke bilik bedah, saya nampak mak, abah, mertua dan adik beradik yg turut sama tolak katil saya. Pilunya suasana masa tu. Mak sempat pesan, "Tabah ye ngah. Ingat Allah. Semua akan selamat".

--- Ya Allah, Kau ambillah nyawaku andai itu mampu selamatkan anak aku"

Lokasi : Bilik Bedah.

Sejuk, seram. Doc dan nurse semua bertungkus lumus kelam kabut. Kedengaran bahasa bahasa yg saya pun tak faham. Zaaap ! Perut saya di toreh. Ada dua orang nurse di kepala saya yg cuba menenangkan saya. "Mengucap ye puan. Ingat Allah"
Grup grap grup grap. Bunyi doc mengodek perut saya. Dan saya dengar doc menjerit " Ya Allah, susahnya nak keluar!" --- Cemas weyyy. Anak aku!

Suasana masih tegang. Disebabkan bukaan saya dah 9cm, baby pun dah masuk saluran peranakkan. Jadi agak sukar utk doc tarik keluar anak saya. Itu yg saya faham dari situasi tu.
Akhirnyaaa, Allah Maha Pengasih dan Penyanyang.
Anak saya selamat dikeluarkan. Tapi tiada tangisan. Saya menjerit lagi sekali. " Kenapa anak saya tak nangis??"

Nurse cuba menenangkan saya. "Ngucap puan, doc tenga cuba selamatkan bayi puan". Dengan tenaga yg semakin lemah, saya cuba positifkan diri. Ya Allah, selamatkan lah anak aku. Selang beberapa minit, saya mendengar tangisan pertama anak. Tapi saya masih tak melihat wajah anak saya.

Saya pengsan.

No comments:

Post a Comment